Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Suka Himpit VVIP Nak Kikis Duit" - Mimi Lana Pisau Cukur?

Amri Hassan 31/01/2020 | 09:29 MYT
Gempak dikejutkan dengan pendedahan oleh individu tidak dikenali mendakwa model dan pelakon yang sedang meningkat naik, Mimi Lana dikatakan sering mendekati golongan kenamaan sejak akhir-akhir ini.
Menerusi kiriman emel terbabit, pelakon itu pernah dilihat bersama beberapa individu berpengaruh di beberapa lokasi mewah sekitar ibu kota.
Malah, Mimi difahamkan pernah menjalinkan hubungan sulit dengan bukan hanya seorang tetapi beberapa lelaki berpengaruh pada satu-satu masa.
Gempak mendapatkan penjelasan daripada Mimi sendiri berhubung dakwaan itu!
Masih berdolak-dalih, kata Mimi, tidak menjadi kesalahan untuk seseorang individu itu menjadi pisau cukur dengan syarat keadaan yang mendesak.
"Kalau niat dia menjadi pisau cukur atas sebab tidak baik, maka akan jadi tidak baiklah.
"Tetapi kalau disebabkan masalah tertentu misalnya keluarga tidak senang, tak salah pun selagi tak kacau orang.
"Ya, saya pilih untuk menjadi 'gold digger' sebab kalau nak kejar cinta pun kena bercinta dengan ramai orang, lebih baik jadi gold digger boleh dapat duit," katanya.
Prinsip Mimi jelas, duit kata pelakon filem Pusaka itu satu keperluan dalam dunia sekarang.
"Orang cakap cinta itu kehendak tapi duit itu keperluan. Tapi apa salahnya kalau kita boleh menangis dalam kereta mercedes kenapa perlu menangis dalam kereta kancil," jelasnya.
Tegas Mimi juga dia tidak pernah mengharapkan orang lain untuk memperoleh sesuatu yang dihajati.
"Saya seorang yang berdikari tak pernah mengharapkan lelaki tetapi kalau menjadi isteri orang baru saya meminta-minta," tambahnya.
Tonton video rakaman Gempak bersama Mimi Lana di bawah ini:
#Kontroversi #Syafiq Kyle #Mimi Lana
;