Laman Utama

Suka Kutuk Wanita, Semua Platform Media Sosial Influencer Andrew Tate Kena Sekat

Maliah Surip
27/08/2022
13:45 MYT
Sponsor Banner
Suka Kutuk Wanita, Semua Platform Media Sosial Influencer Andrew Tate Kena Sekat
Seorang influencer terkenal, Andrew Tate kini mungkin tak lagi layak dipanggil dengan gelaran pempengaruh media sosial.
Hal ini kerana mantan atlet tinju itu telah disekat bukan hanya satu, tapi hampir semua platform media sosial bermula Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube.
Menurut laporan pelbagai media antarabangsa, Tate memang sudah lama ‘diperhatikan’ kerana sering mengisi konten berbaur kebencian.
Dia juga selalu bercakap buruk tentang perempuan, termasuk mengatakan wanita yang perlu dipertanggungjawabkan apabila menerima serangan seksual daripada pihak lelaki.
Twitter diketahui menjadi platform pertama yang membataskan konten miliknya sebelum YouTube ikut melakukan tindakan yang sama.
Tate diketahui sering menyebarkan kebencian terhadap wanita dengan mengatakan golongan ini tidak mampu berdikari dan pemalas.
Dia kemudian mendapat jutaan bantahan dari pengguna media sosial sehingga permintaan tersebut akhirnya menjadi kenyataan.
“Kami menghentikan konten di saluran YouTube Andrew Tate kerana beberapa kesalahan termasuk melanggar beberapa panduan komuniti sehingga sering menimbulkan kontroversi dan mempromosi kebencian,” kata kenyataan yang dikeluarkan Google, lapor BBC.
Sebelum ini, Tate, pernah mencetuskan kontroversi sewaktu menyertai program realiti Big Brother kerana menyerang seorang wanita.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar