Hiburan
Sumpah Cool! Kartun SpongeBob SquarePants Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Rekaan Kasut!
Watak span kuning kegemaran ramai, SpongeBob SquarePants menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun ini.
Meraikan kejayaan itu, siri animasi ini telah berkolaborasi dengan jenama kasut terkemuka dunia, Nike, untuk menghasilkan koleksi SpongeBob SquarePants dan rakan-rakannya.
Hadir dalam lima rekaan yang berbeza mengikut karakter kartun, pengumpul dan peminat kasut boleh mendapatkan kasut berwarna kuning mewakili watak SpongeBob.
Watak Squidward pula hadir dalam kasut warna hijau, tapak sulaiman Patrick pula berwarna merah jambu, tupai Sandy berwarna putih manakala Mr. Krabs pula berwarna merah.
Hasil kolaborasi diantara Disney dan Kyrie Irving ini turut menampilkan karakter-karakter tersebut pada bahagian dalam setiap kasut.
Harga untuk koleksi ini bermula daripada AS$130 (RM536) dan akan berada di pasaran bermula 10 Ogos 2019.
Terdahulu, jenama Nike telah banyak berkolaborasi dengan watak kartun popular dunia antaranya The Simpsons, Family Guy, Looney Tuns dan banyak lagi.