Laman Utama
Sungai Pisang Dipenuhi Sampah, Netizen Kesal Orang Tak Bertanggungjawab - “Dah La Masuk Takde Permit, Sampah Buang Merata”
Kawasan air terjun Sungai Pisang yang terletak di Gombak menjadi tular minggu lalu susulan menjadi tumpuan ramai sehingga terlalu sesak.
Di laman sosial Twitter, video kepadatan orang yang datang untuk berehat setelah aktiviti hiking dan bermandi-manda tular dan ia ternyata mengejutkan wargamaya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun dalam pada kesesakan orang ramai berkunjung ke lokasi perkelahan itu, masih ramai yang membuang sampah-sarap di celahan batu, pokok sehingga mencacatkan pemandangan.
Seorang pengguna Twitter berkongsi keadaan longgokan sampah yang Sungai Pisang yang dibiarkan sahaja oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Malah menurutnya lagi, di dalam kawasan air turut kelihatan botol-botol mineral, kotak air minuman serta tin sardin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setiap sampah daripada sisa makanan, plastik pembungkusan dan barangan keperluan haruslah dibawa keluar juga demi memastikan kawasan alam semulajadi sentiasa terpelihara.
Mentaliti suka membuang sampah di merata tempat ini mengundang rasa kecewa dan marah wargamaya kerana sikap ini tidak seharusnya terjadi.
Ramai yang berpendapat golongan yang tidak bertanggungjawab inilah menjadi punca kawasan hutan semakin kotor, tidak berurus dan menjadi punca penyakit.
“Dah puas enjoy renjis air dekat member, sembang pacak sebab lama tak jumpa, lalu sampah pun dibiarkan begitu sahaja. what a shame kengkawan,” komen seorang wargamaya.
“Aku harap orang yang tak tanggungjawab ni asyik tersandung kaki kelingking dekat kerusi or meja,” kata seorang wargamaya.
“Ni bukan dorang yang buat ni. Ni monyet punya kerja. Monyet pakai baju,” ujar seorang wargamaya.
“Baru je bumi direhatkan sementara sebab pandemik, tangan manusia yang tak bersyukur dan tak ambil pengajaran dari COVID-19 merosakkan bumi. Makhluk manusia so selfish, kau rasa seksa sebab covid, tapi bumi dah lama seksa sebab kita,” luah seorang wargamaya.
“Mentaliti orang Malaysia kebanyakkannya masih sampah. Bodoh dan bebal. Kalau cakap kang sentap. Cakap kita mulut jahat. Hakikatnya tengok je la... Diorang lagi sampah dari sampah-sampah,” tulis seorang wargamaya.
“Macam ni punya cara nampak gaya lambat lagi la malaysia nak maju. Bodo terang-terang tulis kat pokok tu jangan buang sampah pi buang jugak,” kesal seorang wargamaya.
“Dah la masuk haram takde permit pastu buang sampah merata pula tu… baguslah manusia,” kata seorang wargamaya lagi.
Diharapkan mereka yang akan berkunjung ke mana-mana tapak perkelahan atau air terjun selepas ini, tolong kutip sampah, sisa makanan, plastik pembungkus, kertas surat khabar atau apa sahaja yang anda bawa masuk, bawa keluar dan buang di tempat yang sepatutnya.
Kredit foto: Twitter @RasulShamsuddin