Supermodel Heidi Klum Insurans Kaki RM8 Juta
Supermodel Heidi Klum tidak mahu mensia siakan aset yang selama ini menjadi sumber pendapatannya iaitu tubuh badan.
Justeru itu, Klum mengaku dia telah memiliki insurans untuk bahagian kakinya sahaja dengan nilai AS$2 juta atau RM8.2 juta. Dan nilai itu hanya untuk sebelah kaki, bukannya sepasang!
Lebih menarik, dia mendakwa tidak pernah membeli insurans tersebut, sebaliknya pihak klien yang telah berbuat demikian.
“Saya tidak insuranskan kaki sendiri. Tapi klien yang membeli insurans untuk saya,” katanya sewaktu muncul dalam program The Ellen DeGeneres Show baru baru ini.
Dalam temubual sama Klum mengaku mempunyai parut pada salah satu kakinya akibat terkena serpihan kaca sewaktu kanak kanak.
“Dan saya akan menyembunyikannya dengan menyapu warna gelap supaya kesan itu tidak kelihatan,” katanya lagi.
Klum yang juga merupakan seorang juri mengatakan oleh yang demikian, kaki yang mengalami ‘masalah’ tersebut telah diinsuranskan lebih rendah daripada satu lagi.
“Jadi salah satu kaki saya diinsuranskan lebih mahal dari yang sebelahnya,” akuinya.
Selain sibuk menjadi juri, Klum kini giat mempromosikan lagu miliknya bersama rapper Snoop Dogg, Chai Tea.