Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hollywood

Supermodel Terkenal Ashley Graham Patah Gigi Sebab Makan Biskut Keras

Amri Hassan 22/06/2020 | 07:18 MYT
Supermodel antarabangsa Ashley Graham berkongsi detik melucukan apabila gigi bahagian hadapannya patah selepas memakan biskut yang disejuk beku oleh ibunya baru-baru ini.
Dedah Graham, biskut yang dihasilkan oleh ibunya itu diletakkan dalam peti sejuk beku sebelum dia sendiri memakannya tanpa sedar.
"Terima kasih kepada Linda Graham kerana menghasilkan biskut oatmeal paling sedap di dunia dan meletakkannya di dalam peti sejuk beku.
"Dan lihatlah anda perempuan kamu telah patah gigi," katanya sambil menutup mulutnya.

?

A post shared by A S H L E Y G R A H A M (@ashleygraham) on

Bagaimanapun, Graham telah mendapatkan rawatan sewajarnya dan telah menggantikan semula bahagian gigi yang patah itu.
Aksi bersahaja Graham itu menghiburkan pengikutnya di Instagram dan mendapat tontonan lebih 2.9 juta kali.
#Ashley Graham #Biskut Keras #Patah Gigi
;