Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Surat MITI Tidak Dibenarkan Diguna Untuk Rentas Negeri

Gempak 18/07/2021 | 04:49 MYT
Surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai kelulusan merentas negeri bermula pada Ahad hingga Rabu ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata arahan ini dikeluarkan berikutan PDRM telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.
"Bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat MITI sebagai kelulusan untuk sambutan Aidiladha, semua sekatan jalan raya(SJR) sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan.
"Semua SJR di sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai bagi pergerakan rentas negeri," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, bagaimanapun larangan ini tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.
"Mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.
"Masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19," katanya.
Sumber: Sinar Harian
#Balik kampung #Rentas Negeri #Surat MITI
;