Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Surat Polis? Tak Perlu! Penerima Vaksin Boleh Rentas Negeri Dengan Syarat….

Hanafis Haris 05/05/2021 | 00:51 MYT

Surat kebenaran polis tidak lagi diperlukan jika seseorang individu itu ingin merentas negeri bagi menghadiri tarikh penerimaan vaksin

Perkara itu disahkan sendiri Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menerusi satu posting di Twitter, Khairy memberitahu dia telah pun menjelaskan situasi berkenaan kepada kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tegasnya, penerima vaksin hanya perlu menunjukkan janji temu dalam MySejahtera atau laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Penerima vaksin tidak perlu surat polis. Cukup sekadar menunjuk janji temu dalam MySejahtera atau laman web atau SMS," katanya menerusi Twitter.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Perkara itu sekali sekali gus menjawab persoalan kebanyakan rakyat jika seseorang itu perlu merentas negeri untuk pengambilan vaksin.

Sekadar info, isu berkenaan sebelum ini telah dibangkitkan dalam sidang media harian COVID-19 oleh Ismail Sabri mengenai kebenaran rentas daerah oleh penerima vaksin berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor.

Dengan pelaksanaan PKP itu, pergerakan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk kes kecemasan, kematian dan mereka yang bekerja.

#Viral #Raya #KJ #Vaksin #RentasNegeri
;