Hiburan

"Suri Bisnes Tak Perlu Runsing Suami Buat Hal, Pisah Kasih Angkara Penyondol Sebab ..." - Pak Nil

Amri Hassan
13/09/2023
04:08 MYT
Sponsor Banner
"Suri Bisnes Tak Perlu Runsing Suami Buat Hal, Pisah Kasih Angkara Penyondol Sebab ..." - Pak Nil
Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi memuji usaha usahawan suri rumah yang sentiasa berusaha membina kehidupan yang lebih selesa dengan berniaga.
Terbukti menerusi kejayaan jenama kesihatan kebanggaannya, Eskayvie yang berjaya menembusi pasaran Indonesia dan melahirkan lebih 80,000 usahawan wanita, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil turut menitip kata-kata semangat.
"Saya tumpang bangga dengan kejayaan Eskayvie sudah melebarkan sayap ke Indonesia selain menyertai persidangan World Islamic Entrepreneur Summit 2023 (WEIS 2023) baru-baru ini.
"Melihat kepada usaha jenama kesihatan ini mengajak 85 peratus golongan wanita sebagai suri bisnes menjual produk ini, saya sangat teruja.
"Saya puji golongan suri bisnes termasuk usaha Puan Kartika, suami dan khususnya Eskayvie dalam terus mengajak ramai menjana pendapatan.
"Jadi, suri bisnes juga sudah tiba masa ada punca duit sendiri. Tak perlu runsing jika suami buat hal atau berpisah kasih angkara pihak penyondol," ulasnya yang juga duta jenama Eskayvie.

Pendapatan suri rumah RM100,000 sebulan!

Sementara itu, akui Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati, syarikatnya telah melahirkan lebih daripada 80,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia dan Indonesia.
"Daripada jumlah tersebut, 85 peratus daripada mereka adalah wanita ‘suri bisnes’. Melalui inisiatif pendigitalan Eskayvie Nexus, pendapatan bulanan wanita ‘suri bisnes’ ini telah meningkat daripada USD 500 sehingga USD 40,000 sebulan," katanya.
Eskayvie antara jenama tempatan yang telah menyertai World Islamic Entrepreneur Summit 2023 di Pangeran Beach Hotel, Padang Indonesia, pada 6 hingga 8 September lalu.
Program antarabangsa yang dirasmikan oleh Gubernur Provinsi Sumatera Barat, Indonesia, H. Mahyeldi Ansharullah, itu menghimpunkan ribuan usahawan Muslim dari seluruh dunia dengan matlamat utama untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ekonomi digital.
Sejumlah negara ASEAN dan Timur Tengah, termasuk Malaysia, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Timor Leste, India, Morocco, Kazakhstan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Uzbekistan, dan Sepanyol turut terbabit dalam acara ini.

Eskayvie bantu ramai individu

Program ini juga menyaksikan penampilan istimewa Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie bersama isteri Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Nur Asia Uno di pentas utama dalam sesi Closing The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion.
"Platform digital Eskayvie Nexus diperkenalkan pada tahun 2020 dan telah berjaya membantu ramai individu yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya.
“Melalui transformasi pendigitalan ini, Eskayvie telah berhasil membantu usahawan untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan melakukan urusniaga dari mana saja dengan menggunakan telefon.
“Selain itu, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan mereka, termasuk strategi pemasaran, jualan, dan kepemimpinan yang berkesan," ujar Kartika Wati.
Dalam pada itu, Eskayvie melalui platform Eskayvie Nexus akan terus memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti dan mengukuhkan lagi kedudukan dalam dunia kesihatan berkualiti tinggi serta menguasai pasaran halal.
“Ini adalah langkah menuju masa depan yang lebih cerah, lebih seimbang dan lebih inklusif,” kata Kartika Wati optimis.
Selain Malaysia, Singapura dan Brunei; Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Indonesia yang semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar