Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Surprisingly Good! Filem Chomel Ada Magis Tersendiri, Lawak Pun Bikin Berdekah!

Hanafis Haris 26/06/2021 | 12:20 MYT

Filem Chomel baru saja ditayangkan kelmarin dan orang ramai dilihat memberi respon positif terhadap karya baru ini.

Memandangkan Chomel menjadi filem pertama yang mengangkat elemen kasih sayang manusia dengan haiwan, ramai yang tertanya adakah filem ini mencapai tahap berkualiti?

Gempak sempat menontonnya semalam dan ini ulasan Chomel!

Filem ini arahan pengarah hebat, Jason Chong ini bermula dengan kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi yang berasa kesunyian setelah pemergian ibunya.

Disebabkan keadaan keluarga yang agak kucar kacir, Mimi berasa kesunyian hingga terdesak untuk berkawan dengan sekumpulan gadis digelar ‘Diva Girlz.

Biarpun percubaan itu gagal, keadaan kemudian berubah 360 darjah apabila Mimi berjumpa kucing bernama Chomel.

Bagi pendapat penulis filem ini bermula dengan kisah kekeluargaan yang agak normal pada awalnya.

Tiada yang luar biasa melainkan kisah keluarga Imran lakonan Zahiril Adzim yang cacar marba selepas kehilangan isterinya.

Namun, filem ini seakan membuka ruang yang lebih besar satu persatu apabila penonton dijamukan dengan beberapa elemen lain.

Antaranya termasuklah kerumitan hubungan Imran dan ibunya yang berebut hak penjagaan Mimi dan kakaknya.

Kemudian penonton dibawa ke elemen komedi apabila Chomel membuat hal merosakkan lukisan Imran.

Komedi dan lawak jenaka ini diteruskan dengan kemunculan pelawak Douglas Lim.

Apa yang penulis boleh katakan kemunculan Douglas sememangnya sangat diperlukan dalam filem ini.

Rindu rasanya melihat pelakon ini berlakon dengan lawak bersahaja dia.

Begitu juga kemunculan Adibah Noor dan Aziz M. Osman! Biarpun kedua-dua ini diberi ‘screen time’ yang tidak banyak, namun impaknya memuaskan.

Satu lagi yang mencuit hati adalah gelagat kumpulan Diva Girlz. Aihhh, kecil-kecil dah diva dan kuat membuli!

Baiklah, berbalik pada elemen utama filem ini iaitu kasih sayang, kekeluargaan dan Chomel.

Bagi penulis banyak babak yang dekat dengan penonton.

Kisah Chomel tidak berat dan penonton boleh ‘relate’ dengan kehidupan seharian mereka.

Contohnya, bagaimana seorang bapa cuba menjaga anak mereka tanpa bantuan isteri.

Bagaimanapun pula jika si anak perempuan datang bulan dan apa yang bapa perlu buat?

Semuanya itu dipaparkan menerusi filem Chomel.

Untuk subjek utamanya iaitu Chomel pula, penulis tertarik apabila pengarah memilih untuk menggunakan kucing yang biasa berbanding kucing bakal mahal.

Pemilihan kucing ini terasa lebih logik dan dekat dengan masyarakat.

Selain itu, anda juga dapat melihat sisi lain lakonan Zahiril Adzim sebagai Imran.

Pujian juga diberi kepada pelakon cilik Airiezara Jasmin dan Yuyun Hikmah kerana membawa watak dengan bersahaja.

Apapun, filem Chomel mengubah persepsi awal penulis yang menjangkakan ia hanyalah filem biasa-biasa.

Filem ini ada ‘special’ dan kekuatan tersendiri. Sangat sesuai ditonton bersama keluarga tersayang!

Rating Gempak : 7.8/10

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iaitu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.

Saksikan filem Chomel yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

#Viral #Astro #Kucing #AstroShaw #Chomel #AniqSuhair
;