Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Susah Nak Kejut Anak Bangun Sahur? Boleh Cuba Apa Yang Faralyna Idris Lakukan Ni Kat Anaknya...

ZULHILMI JALIL 05/05/2020 | 07:10 MYT
Pada bulan Ramadan, sudah pasti, ia satu cabaran buat ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak kecil mereka untuk melaksanakan ibadah puasa.
Lebih-lebih lagi, apabila perlu mengejutkan anak-anak di awal pagi bagi bersahur.
Sungguhpun begitu, bagi pelakon Faralyna Idris, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengejutkan anak sulungnya untuk bangun bersahur bersama-samanya.
Katanya, antara yang boleh dilakukan ialah dengan 'mengumpan' anaknya dengan makanan kegemarannya.
"Selain daripada kita sentiasa ingatkan dia kebaikan bangun sahur tu, bonda 'pancing' dia dengan benda yang dia suka.
"Kakak suka cekodok, Jadi, sebelum tidur tu bonda dah beritahu dia yang dia akan dapat makan cekodok kalau bangun sahur. Kalau bangun dah siang hari, bak kata kakak 'no cekodok'. Dia kena tunggu sampai malam untuk makan cekodok," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Ini cara Bonda kejut Kakak bangun sahur utk berpuasa. Selain daripada kita keep on ingatkan dia kebaikkan bgn sahur tu ( of course dlm bahasa yang paling mudah utk bdk bdk faham lah kan ), Bonda “pancing” dia dgn benda yang dia suka. Ini dari ustazah @isfadiah juga. Cara-cara utk didik dan ajak anak utk bgn sahur hehe. Thank you, ustazah! Kakak suka cekodok. So sblm tidur tu Bonda dah bitau dia yang dia akan dpt mkn cekodok kalau bgn sahur. Kalau bgn dah day time bak kata Kakak, no cekodok. She has to wait sampai night time utk dpt mkn cekodok. Kakak mmg jenis tak susah bgn pagi. Sekali dua kejut mmg terus bgn. Tapi pagi yang dia dgr ada cekodok, dia terus “nak nak nak” and bangun. Betapa senang hati beta. Hahaha. ( oh tak susah buat cekodok tgh pagi tu sbb guna cekodok mix @resipineklin je ha. Keluar freezer, defrost, gaul gaul sikit, goreng. Daaah siap ? ) Tapi yes lah, mmg awal awal tu tersengguk sengguk juga makan. Tapi pastu kita tanye tanye dia byk soalan. Walaupun dia tak jawab, org tgh mkn mak aku ni tanye itu ini pula kan hahaha. Tapi dia akan respond. Paling buat dia segar bile kita borak pasal Ayah. Ha terus terbeliak mata. Tapi pastuuuuuuu, dia tak tidur dah sampai lah time berbuka nanti. Ah sudah ??? . Takpe lah na. Nanti kita fikir cara nak bagi dia tidur blk pula. Tahan sgt mata tu eh. Heh. #FiraAnggun #anakBondAyah #Ramadhan2020

A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on

Ceritanya lagi, walaupun anaknya akan tetap mamai apabila berada di meja makan, namun dia akan terus berborak untuk memastikan dia terus berjaga.
Katanya, dia akan mengajak anaknya berborak dengan perkara yang menarik perhatiannya.
"Memang awal-awal tu tersengguk-sengguk juga makan. Tapi, lepas tu kita tanya dia banyak soalan. Walaupun dia tak jawab, orang tengah makan mak aku ni tanya itu ini pula kan, tapi dia akan respons.
"Paling buat dia segar bila kita borak pasal ayah. Ha terus terbeliak mata. Tapi pastuuuuuuu, dia tak tidur dah sampailah waktu berbuka nanti. Ah sudah...," kongsinya.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah Fikri pada Disember 2014.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Fira Anggun, 5, dan Fira Ayu, 2.
Saksikan drama lakonan Faralyna Idris di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Tips #Sahur #Faralyna Idris
;