Laman Utama

“Susahnya Masa Kita Mula Kahwin…”- Achey Dedah Isteri Pernah Kerja Cleaner & Gadai Gelang Emas

Syafiqah Jalal
21/04/2021
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Susahnya Masa Kita Mula Kahwin…”- Achey Dedah Isteri Pernah Kerja Cleaner & Gadai Gelang Emas
Pelawak Achey mengakui isterinya, Nur Hasanah Yahaya seorang wanita yang cekal dan penyabar dalam hidup yang pernah dia kenali.
Sempena hari ulang tahun kelahiran Nur Hasanah, Achey mendedahkan isterinya pernah berkorban untuknya ketika di awal perkahwinan mereka apabila sanggup bekerja sebagai tukang cuci serta menggadai gelang emas.
“Isteriku, setiap kali ulang tahun awak saya tak pernah lepas untuk bersyukur dan menyambutnya... sebab saya tahu tarikh 21 April adalah tarikh lahirnya wanita yang cukup cekal dalam kepayahan dan hebat kesabarannya...
“Susahnya dahulu kita mula-mula berkahwin.. takkan saya lupa... tapi awak tenang hadapi bersama...jadi cleaner bank.. jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas... gadai gelang kawin...2
“Apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku? Semua yang halal awak buat janji lepas,” katanya.
Achey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Achey memuat naik sekeping foto lama Hasanah ketika berniaga sate.
Tambah Achey lagi, isterinya adalah orang pertama yang percaya dengan bakat seninya dan menyokongnya sehingga pergi ke ujibakat.
“Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat... dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk televisyen dan dia percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuh dugaan...
“Dia sentiasa mengingatkan saya tentang pentingnya kedua ibu bapa... apa yang terbaik untuk mereka semua.. berbakti sehingga hujung nyawa,” ceritanya lagi.
Achey atau nama sebenarnya Mohd nasir Hamzah berkahwin dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011, dan mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar