Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Susahnya Nak Dapat Awak Ni..” - Usaha Zuriat, Siti Elizad Jalani Rawatan IVF Buat Kali Kedua

Azwa Rahman 22/03/2022 | 09:28 MYT
Pelakon dan penyampai radio Elizad Sharifuddin menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat.
Menurut Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifuddin, 38, dia sedang menjalani pemeriksaan dinding rahim di pusat IVF yang sama dengan rawatan kali pertama dahulu.
Menerusi laman sosial Instagram, Elizad berkongsi sebuah video perjalanannya ke pusat rawatan bagi pemeriksaan lanjut.
“Susahnya nak dapat awak ni. Tempat yang sama, harapan yang sama, insya-Allah soon.
“Perjalanan kedua. Sedang memilih bulan yang sesuai dan tak busy. Check dinding rahim dulu pagi ni. Terima kasih doktor,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Elizad selesai memeriksa dinding rahimmya dan berharap rawatan IVF kali kedua ini membuahkan hasil.

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya menitipkan doa agar Elizad dan suami dikurniakan rezeki zuriat setelah mencuba untuk kali kedua.
“I will pray for you on my solat today. Kita sama! Takpe usaha, usaha dan terus usaha. Pasti dapat. Saya yakin kita dua pasti akan ada our junior,” tulis Aprena Manrose.
“Semoga Allah limpahkan rezeki dan dipermudahkan untuk kak ejad segalanya,” doa Isyariana.
“Semoga dipermudahkan. Yakin dengan rezeki Allah, insyallah hugs,” kata Syura.
“Semoga Elizad dikurniakan zuriat yang sihat, comel pada tahun 2022 ni, ameen,” tulis seorang wargamaya.
“Semoga sis dikurniakan cahaya mata, yang soleh dan solehah. Sentiasa minat sis berlakon,” ujar seorang wargamaya.
“Jangan putus asa, semoga Allah kurniakan bayi yang comel dan sihat buat Elizad dan suami,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 430,000 tontonan daripada warga Instagram.
Pada hujung 2020 yang lalu, Elizad mengalami keguguran selepas menjalani rawatan proses ‘embryo transfer’ IVF buat kali pertama.
Sekadar info, pelakon drama bersiri Hati Yang Dikhianati itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
#Siti Elizad #IVF kali kedua #Rezeki zuriat
;