Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Susahnya Nak Kejut Anak Bangun Sahur...Nah Ikut Tips Ni, Gerenti Jadi!

Fiza Kamarudin 28/04/2021 | 13:20 MYT
Ramai mula melatih anak-anak berpuasa selepas mereka mencecah usia 7 tahun. Tidak salah berbuat demikian tetapi ibu bapa perlu memantau nutrisi anak-anak ya!
Memang seronok tengok mereka berpuasa dan paling excited ialah waktu berbuka! Tetapi paling mencabar…waktu nak kejut bangun sahur!
Alahai..Siapa ada masalah sama, anak susah nak bangun sahur walaupun dah berkali-kali kejut?
Jom kami kongsikan tips untuk anak-anak mudah bangun sahur:
1. Pastikan anak tidur awal.
Kalau boleh, parents pun sama-sama masuk tidur awal barulah anak ikut. Janganlah suruh anak tidur awal tapi mak atau ayah masih main playstation! Hahaha…Tak salah, tetapi biarkan anak tidur dulu okay! Bila anak tidur awal mereka akan dapat cukup rehat dan tidur yang berkualiti. Barulah senang bangun sahur nanti!
2. Siapkan makanan kesukaan anak ketika sahur
Sediakan apa sahaja yang anak mahukan ketika bersahur. Kalau mereka susu coklat hidangkan kepada mereka. Barulah ada semangat mereka nak sahur! Oh ya, pastikan menu yang lengkap dengan nutrisi dan vitamin supaya sentiasa bertenaga menjalani ibadah puasa.
3. Tak payah bangun awal-awal sangat
Lagi satu jam nak imsak pun ‘cantik’ kalau nak bangun sahur. Awal-awal sangat nanti lapar pula mereka. Pastikan anak-anak minum air secukupnya ya…
4. Bagi ‘reward’
Beri reward! Contohnya menjanjikan makanan yang enak-enak pada waktu berbuka sekiranya mereka rajin bersahur. Haa…barulah bersemangat!
Jangan jadi macam Syukur…Dah terlepas waktu sahur, barulah menggelabah!
Alahai syukur...Geram betul tengok gelagat dia ni:
#Gaya Hidup #Syukur Bersyukur #Tips Kejut Anak Bangun Sahur
;