Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Susut & Ketiadaan Rambut, Ibnor Riza Kongsi Wajah Terkini Selepas Hidap Kanser Limfoma -"Doakan Saya Terus Sihat"

Syafiqah Jalal 05/04/2023 | 00:51 MYT
Penyanyi Ibnor Riza mendedahkan wajah terkininya yang dilihat sudah ketiadaan rambut serta badan sedikit susut selepas mengesahkan dirinya menghidap kanser limfoma pada awal Mac lalu.
Fotonya dimuat naik ke akaun Instagram miliknya malam tadi berserta sedikit ucapan sempena Ramadan dan dalam masa yang sama memohon doa atas kesihatan dirinya.
"Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga setiap amalan kita diterima Allah swt.
"Doakan saya terus sihat," tulisnya di ruangan kapsyen.
Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya selepas kali terakhir memuat naik fotonya pada November tahun lalu.
Entri berkenaan telah pun mendapat perhatian rakan artis dan pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar dia diberi keajaiban untuk sembuh.
"Semoga sihat selalu abang," ucap penyanyi Fauziah Latif.
"Semoga dengan berkat Ramadan abang diberi kesembuhan," kata Along Cham.
Penyanyi popular era 1980-an itu mengesahkan dirinya menghidap kanser limfoma dan menjalani rawatan kimoterapi bagi mengubati penyakit itu.
Pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) HPD, Negeri Sembilan selepas pengsan di kediamannya.
Sebelum ini, Ibnor dilaporkan mengalami kompilasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, darah tinggi dan migrain yang teruk.
Berikutan itu, Ibnor tidak dapat meneruskan karier sebagai penyanyi hingga pendapatannya terjejas.
#Kanser #Botak #Rambut #Wajah #Limfoma #Susut #Ibnor Riza #Keadan
;