Laman Utama

Swarovski Dedah Tidak Bekerjasama Dengan Neelofa Lagi

Amri Hassan
29/04/2021
21:55 MYT
Sponsor Banner
Swarovski Dedah Tidak Bekerjasama Dengan Neelofa Lagi
Kisah kompaun dan isu selebriti tersohor Neelofa melanggar standard operasi prosedur (SOP) terus berentetan!
Terbaharu, pengendali akaun pengeluar batu kristal mewah dunia, Swarovski memaklumkan pihak mereka sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.
Ciapan itu bagi menjawab pertanyaan pengguna Twitter mengenai status kolaborasi Neelofa dengan jenama antarabangsa itu.
Seorang pengguna Twitter @azba95 menerusi ulang kicau kesalahan Neelofa hingga dikenakan kompaun awal minggu lalu, turut membandingkan situasi terbabit dengan selebriti di negara luar seperti Korea Selatan.
Katanya, selebriti di Korea Selatan akan hilang kolaborasi sebagai duta sesebuah jenama seandainya terpalit dengan isu seakan-akan sama dengan Neelofa.
"If Neelofa is a Korean artists, the brands that she is the ambassador of would have terminated the contracts already. Hello @swarovski," tulisnya.
Tidak berdiam diri, syarikat yang popular dengan batu kristal mewah dunia itu membalas ciapan terbabit dengan mendedahkan status terkini kerjasama mereka bersama Neelofa.
"Thank you for reaching out. We can confirm that we're no longer working with Neelofa," maklum pengendali akaun rasmi Swarovski.
Untuk rekod, Neelofa menjadi wanita berhijab pertama dunia yang muncul sebagai penghias billboard jenama mewah Swarovski sejak 2017.
Malah, kerjasama itu membawa Neelofa mengembara ke beberapa negara seluruh dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu dan Austria.
Busana nikahnya pada Mac lalu juga diserikan dengan 5,000 butir batu kristal Swarovski.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar