Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Sweet Table Fazley Yaakob ‘Diserang’ 50 Pengunjung Taipa Village, Macau

Syafiqah Jalal 27/01/2019 | 07:32 MYT
Aksi selebriti cef, Datuk Fazley Yaakob melakukan persembahan hidangan ‘Sweet Table’ di hadapan restoran Tapas de Portugal, Macau menarik perhatian pengunjung tempatan.
Lebih kurang 50 pengunjung telah menyaksikan hidangan istimewa Fazley yang bergandingan dengan ketua cef dari restoran tersebut iaitu Ricardo Alves pada Ahad.
Mengulas mengenai hidangan ‘Sweet Table’ yang sebelum ini tular di Malaysia, Fazley berkata dia tampilkan manisan signatur ilham Fazley sendiri serta menggabung jalin elemen khas dua negara Malaysia dan China (Macau).
“Saya seronok melihat keterujaan mereka ketika saya melakukan persembahan ‘sweet table’ tadi. Mereka bagai tidak sabar menunggu untuk menikmatinya.
“Hidangan hari ini, saya bawa kek, macaroon serta manisan dari Malaysia yang menjadi signature saya dalam persembahan Sweet Table serta gabungkan sedikit elemen tempatan disini.
“Elemen tempatan itu saya tampilkan manisan tempatan seperti Portuguese Egg Tart dan salah satu pencuci mulut yang popular disini iaitu Serradura yang mana-mana kedua-duanya disediakan oleh cef Ricardo,” katanya kepada Gempak.
Gempak ke Macau untuk Program Terokai Pelancongan Halal Macau Bersama Datuk Fazley Yaakob.
Program bersama media itu anjuran SukaSucre Creatives, Macao Government Tourism Office (MGTO) dan PNL Travel Sdn. Bhd.
Berkongsi mengenai program tersebut, bekas juara MasterChef Selebriti 2012 itu memberitahu, dia berasa teruja untuk memperkenalkan lokasi pelancongan halal di Macau kepada orang ramai yang masih punya keraguan untuk berkunjung ke situ sebagai destinasi percutian bersama famili atau rakan- rakan.
“Tiada yang lebih menggembirakan hati saya apabila diberi peluang keemasan oleh MGTO dan PNL Travel untuk berkongsi pengalaman menarik bercuti di Macau sambil melawat ke beberapa lokasi menarik dan restoran tersedia menu halal di sana.
“Paling menarik, Macau sebenarnya adalah lokasi pelancongan mesra Muslim kerana ia menyediakan bermacam kemudahan untuk pelancong beragama Islam seperti tandas, penginapan, restoran, tempat beribadat dan lain-lain sehingga diumpama berasa selesa bak berada di tanah air sendiri.
“Justeru, saya menggalas tanggungjawab besar ini dengan ekspektasi agar mampu membuka mata dan minda orang Malaysia untuk berkunjung ke Macau sebagai salah satu destinasi percutian impian di dalam kalender mereka,” katanya lagi.
#Datuk Fazley Yaakob #Macau #Sweet Table
;