Laman Utama

Syafie Naswip Belum Ada Perancangan Anak - “Kalau Ada Tak Kisah, Kalau Tiada Kita Enjoy Our Life”

Mya Amri
24/12/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Syafie Naswip Belum Ada Perancangan Anak - “Kalau Ada Tak Kisah, Kalau Tiada Kita Enjoy Our Life”
Pelakon, Syafie Naswip belum membuat sebarang perancangan namun tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Menurut Syafie, dia menyerahkan segalanya pada takdir dan mengharapkan yang terbaik buat rumah tangga baru dibina.
“Kalau ada rezeki saya tak kisah… Kalau ada, ada, kalau tiada kita hanya enjoy our life. Maksudnya tidak merancang. Kalau dalam masa terdekat ada maka kita ikut sahaja,” katanya ringkas.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai detik perkenalannya dengan isteri, Nur Afiqah Ishak, Syafie mendedahkan segalanya berlaku selepas penggambaran Cempaka Melati dia tahun lalu.
“Kami sudah kenal dua tahun lalu. Rasa cinta itu mula berputik selepas selesai penggambaran. Semasa penggambaran tu tak ada lagi.
“Selepas dua bulan habis penggambaran barulah kami mula jumpa dan secara perlahan-lahan timbul perasaan itu.
“Selepas enam ke tujuh bulan kami berkawan, barulah tergerak hati dan terus bertunang.
“Terima kasih kepada peminat yang sering memberikan sokongan pada lakonan dan karya karya saya.
“Doakan saya dan isteri kekal sampai ke Jannah. Insya-Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Syafie sah bergelar suami kepada Afiqah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Putrajaya pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Syafie Naswip Kini Bergelar Suami Kepada Nur Afiqah

Akad nikah pasangan itu disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ishak Hamzah dan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.
Pada majlis tersebut, Syafie menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 berserta wang hantaran bernilai RM15,000.
Majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar