Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Syamim Farid Terkejut Suami Beri Galakan Untuk Berlakon

Syafiqah Jalal 20/12/2018 | 12:30 MYT
Pengacara dan pelakon, Syamim Farid tidak menyangka suaminya, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari memberi galakan penuh kepadanya dalam bidang lakonan.
Syamim berkata kepada Hlive, dia bersyukur kerana mempunyai suami yang banyak memberi sokongan kepada minatnya.
“Sebenarnya, saya berlakon sekadar suka-suka kerana pada awalnya hanya ingin mencuba tapi tidak sangka saya sudah mula meminatinya.
“Tambahan pula, apa yang mengejutkan saya, suami suka bila saya menceburi bidang lakonan ini.
“Hingga baru-baru ini, dia ada bertanya adakah saya akan berlakon lagi. selepas saya selesai berlakon satu drama itu
“Saya terkejut bila dia tiada masalah langsung untuk saya berlakon, asalkan saya gembira melakukannya,” kata bekas pengacara Hlive itu.
Namun, pelakon Cinta Tiada Ganti itu memberitahu dia hanya menerima sebuah naskah dalam satu masa sahaja.
“Saya akan menerima satu tawaran berlakon sahaja dalam satu masa kerana saya rasa fokus itu penting. Lagipun saya masih baharu.
“Jadi selepas ini saya bakal muncul dalam slot Megadrama, Kan Ku Kejar Cinta Kamu,” katanya lagi.
Syamim dan Ezrique mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2016.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Berlakon #Suami #Syamim Farid
;