Viral
Syarikat Penerbangan Tersalah Buat Diskaun, Harga Kelas Pertama Dipotong 85%
Sebuah syarikat penerbangan terkenal Australia, Qantas Airways Limited menjadi ‘kelam kabut’ selepas tersalah membuka diskaun pada bahagian kelas pertama sehingga 85 peratus.
Penerbangan yang dibuat diskaun itu membabitkan perjalanan antara Australia menuju Amerika Syarikat.
Kos kelas pertama penerbangan tersebut biasanya bernilai sekitar RM56,000. Namun selepas Qantas tersilap membuat diskaun 85 peratus pada bahagian kelas pertama, harganya jatuh kepada sekitar RM10,000.
Lantaran kesilapan tersebut, sekitar 300 penumpang ‘bertuah’ berjaya mendapatkan harga durian runtuh sebelum ia diperbetulkan oleh pihak Qantas.
“Sayangnya harga diskaun yang diberikan adalah satu kesilapan yang menguntungkan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan tersebut seperti dilaporkan CNN.
Pihak pengurusan juga mengatakan tidak akan membuat caj tambahan kepada penumpang yang telah mendapatkan harga diskaun tersebut.
Tahun lalu Qantas juga berdepan masalah apabila menjual tiket penerbangan secara berlebihan. Mereka dipercayai telah menjual sebanyak 8,000 yang telah dibatalkan sehingga membuat sekitar 86,000 penumpang kerugian.