Laman Utama

Syed Saddiq Luang Masa Dengan Muhyiddin; “Saya Hormat Sebagai ‘Lawan’ & ‘Kawan', Jasanya Banyak…”

Shahrin Zulkifle
05/12/2022
04:30 MYT
Sponsor Banner
Syed Saddiq Luang Masa Dengan Muhyiddin; “Saya Hormat Sebagai ‘Lawan’ & ‘Kawan', Jasanya Banyak…”

Meskipun berlainan parti politik, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap menghormati Presiden Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi satu muat naik di Instagram, Saddiq yang sempat meluangkan masa selama dua jam bersama Muhyiddin mengakui banyak jasa yang telah dilakukan oleh beliau.

“Walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat saya kepada Tan Sri Muhyiddin tetap kekal.

“Hormat kawan dan lawan. Dua jam berbual, berbincang tentang kehidupan masing-masing selepas Pilihan Raya Umum.

“Tan Sri juga pengundi saya di Muar. Jasanya banyak,” katanya.

Saddiq turut merakamkan sekeping foto selfie bersama Muhyiddin buat tontonan pengikutnya.

Dalam masa sama, Saddiq berharap agar Malaysia terus menjadi sebuah negara maju di bawah kepemimpinan kerajaan yang berintegriti.

“Mari kita bina Malaysia yang ditadbir dengan integriti dan bermaruah, sebuah negara di mana semua rakyat Malaysia berada di ‘RUMAH’.

“Untuk Malaysia jadi negara maju, perlu ada keberanian untuk berkhidmat merentasi sempadan politik.

“Kami memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil dengan Pembangkang yang berkesan untuk memacu Malaysia ke hadapan,” tambahnya.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar