Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Syida Melvin Kongsi Gambar Baby Girl, Ramai Kata Iras Wajah Syeriv!

ZULHILMI JALIL 03/03/2020 | 03:51 MYT
Selepas 12 hari bersalin, pelakon Syida Melvin berkongsi kepada umum wajah anak sulungnya, Safa Safeera.
Perkara itu dikongsikan Syida menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya malam tadi.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, atas anugerah Allah yang sangat-sangat berharga ini. Syukur. Hari ini Baby Pia dah 12 hari.
"Doakan @safa_safeera sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah dan berguna. Aunty rasa muka Pia ikut muka ibu ke daddy Pia? Hehehe jom share!," tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

MashaAllah MashaAllah MashaAllah ♥️ . . Alhamdulillah syukur kehadrat illahi, keatas Anugerah Allah yang sangat2 berharga ini. Syukur. Harini Baby Pia dah 12 hari. Doakan @safa_safeera sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah dan berguna ♥️ . . Aunty rasa muka Pia ikut muka Ibu ke daddy Pia? Hehehehehehek jom share ! ♥️♥️♥️

A post shared by CDA (@syidamelvin) on

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
"Comelnya Pia, muka ibu ada, muka daddy pun ada ni! Jadi anak yang solehah, baik budi pekerti, sihat selalu ye sayang.
"Lebatnya rambut dia.
"Macam muka Syeriv (anak Syatilla Melvin)," tulis sebahagian komen netizen.
Sejak diumumkan kepada umum malam tadi, akaun Instagram anaknya, @safa_safeera juga sudah hampir 6,000 pengikut.
Syida yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu selamat melahirkan puteri sulung, Safa Safeera pada 20 Februari lalu.
BACA: "Siap Bersembang Dengan Doktor Sambil Teran Baby Keluar" - Syida Melvin Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Sulung
Syida atau nama sebenarnya Siti Nur Syida Amirol Melvin mendirikan rumah tangga dengan Mohd Syafiq Azim Shaheen pada Januari 2019.
#Syida Melvin #Safa Safeera
;