Viral

Syok Dengan Kekasih Anak, Ibu Rakam Zuriat Sendiri Lakukan Hubungan Badan - "Saya Menyesal..."

Gempak
23/05/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Syok Dengan Kekasih Anak, Ibu Rakam Zuriat Sendiri Lakukan Hubungan Badan - "Saya Menyesal..."
Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan berita jijik tentang seorang ibu yang sanggup merakam aksi anak perempuan yang masih di bawah umur sedang bersetubuh gara-gara ‘jatuh cinta’ dengan kekasih puterinya!
Ketua Polis Metro Jakarta Timur, Kombes Nicolas Ary Lilipaly berkata, wanita yang dikenali sebagai Neneng Komala Dewi, 47, itu merakam aktiviti anaknya sedang melakukan hubungan badan untuk ditonton semula semata-mata ingin memenuhi kepuasan diri sendiri.

Kekasih anak

"Kes ini agak pelik di mana si ibu ternyata jatuh hati kepada kekasih anak perempuannya.
"Jadi wanita itu membiarkan puterinya bersetubuh dengan si kekasih dan bertindak merakam adegan berkenaan,” katanya.
Hal ini terbongkar selepas anak perempuan Neneng yang berusia 16 tahun itu hamil tujuh bulan. Disebabkan hal itu, Neneng panik dan membantu menggugurkan kandungan anaknya dengan memberikan ubat penggugur kandungan.
Namun, bayi yang cuba digugurkan itu hidup dan lahir di bilik mandi rumah Neneng dan dikejarkan ke hospital gara-gara keadaan kesihatan yang buruk.
Nicolas memberitahu, ketika dibawa ke Pusat Kesihatan Melaka Jaya, Neneng berbohong dengan mengatakan dia menemui bayi yang merupakan cucunya itu dalam tandas.
Kini ditahan pihak berkuasa, Neneng mengakui menyesal dengan segala tindakannya itu.

Menyesal

"Saya menyesal. Tolong bantu," kata Neneng sambil menangis.

Menurut TribunJakarta.com, Neneng mengaku menyuruh anaknya untuk menggugurkan kandungan supaya anaknya boleh kembali bersekolah.
Sementara itu, Neneng juga mengaku membiarkan anaknya bersetubuh kerana takut dengan kekasih anaknya.

Kasar

"Si lelaki (kekasih anaknya) suka bercakap kasar dengan saya, suka herdik saya dengan kata-kata ‘anjing lu’ kepada saya. Jadi saya takut.
"Iya takut, tolong bantu saya," lanjut Neneng.
Difahamkan, Neneng ternyata sering melihat anaknya bersetubuh dengan kekasihnya itu sejak November 2023.
Memetik Kompas.com, Neneng dan seorang individu yang diminta membelikan ubat pengguguran didakwa atas kes pengguguran tersebut.
Sementara itu, anak perempuan Neneng ditahan di rumah sosial Kemensos kerana masih di bawah umur.
Manakala, kekasih kepada anak neneng turut ditahan pihak berkuasa Metro Bekasi Kota.
Sumber: TribuneNews

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Mati Dibakar Gara-Gara Tolak Ajakan Suami Untuk Bersetubuh Ketika Sedang Lipat Baju

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Salakan Anjing, Warga Itali Ditangkap Bersetubuh Depan Rumah Orang

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar