Hiburan
Syukur Dapat Bersama 2 Anak Perempuan, Zahnita Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing - “Tiada Apa Yang Nak Saya…”
Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson memberitahu dia diminta untuk melakukan ujian saringan air kencing ketika membuat permohonan mendapatkan polis pengiring bagi bertemu suaminya.
Keputusan negatif
Tidak mengetahui punca sebenar dia perlu jalani ujian tersebut namun pelakon berusia 29 tahun ini tetap bersetuju dengan permintaan tersebut dan keputusan menunjukkan dirinya negatif dari sebarang anasir barang terlarang.
"Saya ada perintah mahkamah dan boleh dapatkan pengiring (polis) namun ia tidak berjalan lancar. Saya diminta melakukan ujian air kencing.
“Tiada apa yang nak saya sorokkan dan ternyata keputusannya negatif," katanya dalam sesi siaran langsung bersama media yang disiarkan di Facebook Sinar Harian pada Khamis.
Berdepan halangan
Dalam pada itu, Zahnita turut mendakwa dia berdepan dengan halangan ketika mahu mengambil dua anak perempuannya di rumah suaminya iaitu Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor pada Rabu.
Menurutnya, anak-anaknya masih tinggal dengan bapa mereka selepas dia bertindak berpindah keluar dari rumah sebelum ini.
"Syukur saya dapat ambil dua anak perempuan saya semalam (Rabu). Saya mendapat hak penjagaan interim pada 6 Disember lalu.
"Sebelum ini anak-anak masih bersekolah dan saya beri ruang kepada ayah mereka untuk hantar ke sekolah.
"Keadaan semalam tidak berjalan lancar untuk bawa anak-anak keluar (daripada rumah suami). Ada jalangan dari pihak sana," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita Wilson Direman Kes Keganasan Rumah Tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita Bakal Fail Cerai, Bukan Mudah Berdepan Dengan Orang Narsistik - “Memang Susah Nak Lari…”
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Mata Lebam, Zahnita Jadi Mangsa Penderaan? - “Ini Sebab Saya Tinggalkan…”
Pada 3 Disember lalu, Zahnita sudah memfailkan permohonan cerai terhadap Abdul Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Dia kemudiannya mendapat hak penjagaan sementara interim dari Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pada 6 Disember lalu.
Manakala pada 9 Disember lalu, Zahnita berjaya mendapat perintah perlindungan interim (IPO) dari Mahkamah Majistret Kuantan bagi melindungi diri dan anak-anak daripada Abdul Zackery.
Zahnita, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.
Must-Watch Video