Hiburan

Syukur Dikelilingi Orang Positif, Aqo Imran Anggap Ada Hikmah Disebalik Insiden ‘Serang’ - “Mungkin Tuhan Mahu Saya Menangis & Terus…”

Ernalisa
16/01/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Syukur Dikelilingi Orang Positif, Aqo Imran Anggap Ada Hikmah Disebalik Insiden ‘Serang’ - “Mungkin Tuhan Mahu Saya Menangis & Terus…”
Jurugambar bebas, Aqo Imran menganggap insiden melibatkan dua pereka fesyen yang menjadi kecoh pada minggu lalu benar-benar memberi kesan kepada kehidupannya.

BERITA BERKAITAN: “Ada Cadangkan Saya Minum Air Peria Katak” - Sebab Ikut Nasihat Rakan, Kencing Manis Ako Mustapha Makin ‘Teruk’

BERITA BERKAITAN: Ako Mustapha Dikejarkan Ke Hospital Kuala Lumpur, Kini Dirawat Di Bahagian Kecemasan

Mengambil apa yang berlaku secara positif, Aqo meluahkan rasa syukur apabila dia dikelilingi dengan orang-orang yang sentiasa memberi kata semangat kepadanya.

"Alhamdulilallah sebenarnya disebalik kepahitan akan ada kemanisan. Tuhan nak jentik hati saya sebab mungkin saya dah lama lupa pada dia.

“Mungkin Tuhan juga mahu saya menangis dan terus berdoa kepada-NYA. Mungkin sudah terlalu lama saya lupakan DIA. Saya bersyukur sebab selepas insiden itu saya sentiasa diberi kata-kata semangat.

“Saya dikelilingi orang-orang positif. Alhamdulillah ramai yang doakan baik-baik untuk saya. Terima kasih semua," katanya ketika ditemu bual Gempak.

Aqo ditemui ketika menghadiri sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024 yang diadakan di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.
Kata Aqo, dia kini menjalani kehidupan harian seperti biasa, namun mengakui ingin istiqamah dalam mendekatkan diri dengan Tuhan.
Sebelum ini, dua pereka fesyen, Razman dan Razmi Abdul Rahman dilaporkan mengalami kecederaaan di muka selepas diserang seorang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, kedua-duanya yang dikenali sebagai pereka fesyen duo, Razman dan Razmi yang juga pereka fesyen menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara itu, dipukul dengan kamera oleh jurugambar terbabit.
Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.
Kedua-duanya mengalami luka di pipi.
Sebelum ini, dalam satu temubual media, dua pereka fesyen itu juga mengaku ada berhutang dengan jurugambar tersebut sejumlah RM20,000 berkaitan penjualan kereta sekitar 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024