Laman Utama
Syukur Isteri Selamat Bersalin, Fitri Haris Mohon Doa – “Baby Ada Masalah Pernafasan”
Penyanyi nasyid Fitri Haris bersyukur isterinya, Fazilah Omar selamat melahirkan putera sulung mereka.
Fitri berkongsi berita itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah isteri saya @el_mrsfitri telah selamat melahirkan anakanda (bayi lelaki) kami. Terima kasih atas doa yang dikirimkan.
“Doa agar kesihatan baby dan mamanya diberi kesihatan yang baik, baby sekarang dalam penjagaan rapi untuk menstabilkan pernafasan.
“Azan juga di lakukan secara berhati-hati untuk kebaikan baby dalam penjagaan rapi. Syukur Ya Allah. Syukur…” tulisnya.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian Fitri memaklumkan anak lelakinya itu mengalami masalah pernafasan dan terpaksa ditahan di wad.
“Baby warded… Breathing problem… Pohon doa dari semua,” coretnya ringkas.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2019, sekali gus menamatkan status mereka sebagai bapa dan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.
Fitri menerusi perkahwinan terdahulu memiliki seorang anak perempuan, Sofea Soleha manakala Fazilah pula merupakan ibu kepada seorang anak lelaki, Qhalish Rayyan Adam.