Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

Mya Amri 08/01/2024 | 07:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan mengakui berdepan dengan beberapa simptom selepas dijangkiti Covid-19 buat kali ketiga.
Antaranya keletihan, dada berdebar dan kurang bertenaga.
“Alhamdulillah, sekarang okay. Bila sudah tiga kali kena Covid ni walapun dah negatif, memang terasa kesannya.
“Kesan dia buat kita tak ada tenaga, rasa cepat penat dan rasa dada tu berdebar-debar. Sekarang ini rasanya setiap hari kita dengar mengenai kes covid, jadi Covid dah kembali,” katanya kepada Gempak.

BERITA PILIHAN: Che Ta Dijangkiti Covid-19, Terbantut Hasrat Sambut Anniversary Ke-10! - "Persiapan Dah Siap, Apakan Daya..."

Dedah Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini lagi, pada mulanya dia menganggap simptom yang dialaminya itu hanya disebabkan demam biasa.
“Pada mulanya simptom saya adalah selsema, batuk, sakit tekak dan demam. Ingatkan biasa sahaja jadi saya makan panadol, kemudian sakit kepala.
“Kalau sakit kepala… Saya memang ada migrain, jadi tak teringat pun tentang Covid, bila saya makan ubat migrain, tak jadi apa.
“Kemudian pekerja saya minta saya untuk cek Covid sebab ada seorang dalam kalangan mereka positif. Sampai sahaja rumah saya terus buat dan ternyata positif. Terkejut saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Che Ta juga turut menasihatkan agar orang ramai berhati-hati ketika berada ditempat awam memandangkan kes Covid semakin meningkat.
“Bila dah Covid ni benda saya paling benci adalah tempat awam. Sekarang pun tengok dah banyak kes naik, kena jaga.
“Bukan apa, bila kena Covid ni semua benda yang kita rancang pun akan lari dari perancangan asal.
“Sebagai contoh, 10 Disember tahun lalu rancang nak sambut hari jadi anak saya dan 11 hari bulan pula nak buat anniversary, tapi bila dah Covid benda tu terbantut.
“Jadi saya rasa bila dah lepas tarikh 11 Disember tu dah tak ada mood nak buat. Kalau tak memang teruja sebab saya dah siap tempah tempat semua,” jelasnya.

BERITA TRENDING: "Zain Tak Pernah Suruh Saya Kemas Rumah, Tak Paksa Masak" - Che Ta

Dalam perkembangan lain, Che Ta kini menjadi juri untuk program The Masked Singer Malaysia 4 (TMSYM 4) selain selesai penggambaran program masakan Cuit Cuit CheTa musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey bulan Ramadan depan.
TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.
TMSMY4 disiarkan secara eksklusif setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.
Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.
Tertakluk pada terma dan syarat. WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
#Che Ta #Rozita Che Wan #Anniversary #COVID-19
;