Laman Utama

Syukur Usia Perkahwinan Cecah 11 Tahun, Erna Elliyna Kongsi Doa Elak Gangguan Penyondol

Syafiqah Jalal
24/03/2023
04:57 MYT
Sponsor Banner
Syukur Usia Perkahwinan Cecah 11 Tahun, Erna Elliyna Kongsi Doa Elak Gangguan Penyondol
Isu orang ketiga dalam rumah tangga atau penyondol semakin hangat diperkatakan kini dan ia amat menggusarkan kaum wanita khususnya mereka yang bergelar isteri.
Perkara itu ketika diajukan kepada bekas pelakon dan pangasas produk Kamya Glow, Erna Elliyana Rosli (Erna) oleh pembantu peribadinya dikenali sebagai Loliqa, semasa sesi live di Tiktok bagi memperkenalkan promo ramadan, Cantik Before Raya, Selasa petang lalu, membuatkan Erna berasa seram sejuk.
“Saya sebenarnya no comment sebab… eh sejuk saya cakap pasal penyondol ni!, tapi ia tiada kena-mengena dengan diri sendiri. Alhamdulillah suami saya punya bumper okay!
“Ramai yang tidak sedar, bila membenarkan penyondolan itu berlaku, bererti ia sudah dekat dengan zina. Apabila mendekatkan diri dengan perkara seperti itu, perlu ingat bagi kita yang berniaga, rezeki tak berkat,” katanya.
Memahami setiap yang berlaku dengan izin Allah SWT, Erna sempat berkongsi tip kepada pengikutnya mengenai amalan doa yang sering dipanjatkan supaya keluarganya sentiasa dalam lindungan Maha Esa.
“Saya selalu amalkan doa ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau jauhkanlah diriku dan keturunanku daripada kelazatan melakukan maksiat.
“Saya nak Allah jauhkan saya dari lazatnya melakukan maksiat. Bila saya tak rasa lazat, saya tak buat maksiat,” katanya.
Berpesan kepada diri sendiri dan umum, dia yang sebelum ini merupakan seorang pelakon dan penyanyi, turut mengingatkan kaum hawa untuk sentiasa menjaga penampilan jika mahu mengikat pandangan suami.
Sementara suami, mereka juga perlu memainkan peranan untuk memastikan isteri sentiasa bersemangat menjaga penampilan.
“Suami pun kalau nak lihat isteri cantik, kenalah beri nafkah lebih supaya isteri boleh merias diri. Suami kena main peranan.
“Saya masa kenal dengan suami saya dulu, kulit saya agak gelap. Saya pernah tanya dia kenapa nak kahwin dengan saya sebab saya tak berapa cantik. Suami cakap dia pilih saya kerana ada otak.
“Alhamdulillah 11 tahun melayari rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sampai sekarang suami sentiasa mahu saya kelihatan menarik. Dia selalu galakan saya ke spa, jaga kulit dan mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan premium dan terbaik.
“Suami-suami jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah lubuk rezeki anda,” katanya.
Tidak hanya topik penyondol, Erna turut mengagumkan ramai kerana sikap rendah dirinya. Meskipun dikenali sebagai usahawan berjaya, dia langsung tidak kekok bergaul dengan kakitangan termasuk pembantu pejabat.
Secara spontan, Erna mengundang pembantu pejabat dan rumahnya, untuk turut serta dalam sesi live berkenaan lalu merias wajah pekerja warga asing berasal dari Medan Indonesia yang mesra disapa kak Miah.
Jika sebelum ini, umum terbiasa dimomokkan dengan berita majikan bertopengkan iblis, keikhlasan Erna menyantuni Kak Miah wajar dicontohi. Sehinggakan kak Miah berulang kali memuji Erna sebagai seorang majikan yang sangat baik.
“Saya punya boss baik,” komen Kak Miah selepas Erna bercerita mengenai baju raya empat pasang yang dibelinya untuk kak Miah sempena digayakan pada lebaran nanti.
Berkenalan sejak 3 tahun yang lalu, Kak Miah juga mempesonakan ramai kerana kulitnya yang mulus, malah mengakui dirinya ada salah seorang pengguna Kamya Glow sejak dua tahun lalu.
Sempena kedatangan ramadan, Kamya Glow memperkenalkan kempen Cantik Before Raya yang menawarkan harga promosi RM69 sahaja (harga asal RM129).
Apa yang mengujakan, setiap pembelian layak memenangi duit raya melalui cabutan bertuah akan dilakukan secara rawak serendah RM2 hingga RM50. Dimana wang tunai keseluruhan yang ditawarkan adalah RM5,000.
“Kelebihan produk Kamya Glow, pengguna dapat melihat kesannya seawal 7 hari. Pengambilan konsisten setiap hari akan memberikan kesan kulit cerah sekata, menghilangkan kekusaman, jerawat dan jeragat. Paling best Kamya Glow juga membekalkan tenaga kerana ia tinggi anti oksida dan vitamin c,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar