Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Sze Fei-Izzuddin Juara Terbuka Jepun, Tamatkan Kemarau 22 Tahun

Gempak 25/08/2024 | 05:25 MYT
Wakil tunggal Malaysia di final, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menamatkan perjalanan indah sebagai juara Terbuka Jepun, sebentar tadi.

Izzuddin - Sze Fei Cemerlang

Selepas cemerlang menewaskan gandingan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando/Bagas Maulana, di separuh akhir, Sze Fei-Izzuddin ke final untuk bertemu beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan.

Set pertama menyaksikan beregu negara saling menguji kemampuan juara dunia itu, mengutip mata demi mata sehingga mereka terikat 18-18.

Sze Fei-Izzuddin berjaya menemui ruang untuk mendahului 20-18 sebelum menang set pertama 21-19 dalam pertembungan yang melewati 21 minit.

Dalam set berikutnya Min-hyuk-Seung-jae cuba mempertingkatkan mutu permainan bagaimanapun setiap langkah berjaya ditandingi Sze Fei-Izzuddin sehingga berjaya mendahului 15-11.

Beregu negara terus menjarakkan kedudukan apabila mereka mengutip mata untuk mendahului 19-14, sebelum menoktahkan kemenangan 21-15.

Sze Fei-Izzuddin tampil berani, yakin dan garang dalam aksi final pertama mereka di pentas Jelajah Dunia BWF Super 750 menentang juara dunia bertahan tersebut.
Sumber: Stadium Astro
#Sukan #badminton #Fei #Izzuddin #S750 #Sze #Terbuka Jepun
;