Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tahap Oksigen Makin Menurun” - Siti Sarah Masuk Hospital, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan!

Hanafis Haris 04/08/2021 | 15:52 MYT

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Perkara itu disahkan oleh pengurusnya, Nana Mohd Rom.

Menurutnya, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk dan ketidak selesaan.

“Sarah dibawa dengan ambulans kira-kira pukul 6.30 petang untuk mendapatkan rawatan.

“Pada dasarnya, mereka sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan,” katanya.

Sementara itu, suaminya Shuib memohon orang ramai untuk mendoakan isterinya serta anak dalam kandungan selamat tanpa sebarang masalah.

“Doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin, doakan semuga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan permudahkan segala urusan.

“Allah maha segalanya,” katanya menerusi satu posting di Instagramnya sebentar tadi.

Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif COVID-19.

Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati positif virus berkenaan, Ahad lalu.

BACA : Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19 – “Kami Berlapang Dada, Serahkan Semuanya Kepada Allah…

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

#Shuib #Sarah #Covid #SitiSarah #HUKM
;