Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tahniah! Anak Liza Hanim Dapat UPKK 8A - “Dia Sedih Bila UPSR Dimansuhkan”

Mya Amri 31/12/2021 | 06:57 MYT

Tiada perkara yang lebih menggembirakan ibu selain melihat wajah gembira anak-anak dan itulah yang berlaku kepada penyanyi hebat Liza Hanim.

Liza memaklumkan anak keduanya, Marissa Qaireen begitu gembira selepas mendapat Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2021.

Lebih manis lagi, Marissa berjaya mendapat 8A bagi penilaian tersebut.

“Dia sangat sedih bila UPSR dimansuhkan. Semuanya baru dan tidak biasa dalam era pandemik.

“Namun saya katakan padanya ambil satu perkara dalam satu masa, lalui tahun akhir sekolah rendah dan kemudian focus pada kemasukan tingkatan satu.

“Ada ujian UPKK ni terubat jugalah hati. Melihat kepada reaksinya memang sangat-sangat bermakna. Tahniah kak ngah,” tulisnya dalam hantaran terbaharu hari ini.

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

Menerusi ruangan komen hantaran itu juga dihujani ucapan tahniah daripada pengikut Liza.

Untuk rekod, Liza dan lima orang anak termasuk ibunya positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

#Liza Hanim #8A #Ujian Penilaian Kelas KAFA #UPKK #UPKK2021
;