Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Tahniah! Anak Norman Hakim Antara Graduan Hafalan Qasidah Burdah Al Busiri

Amri Hassan 20/11/2018 | 06:38 MYT
Anak perempuan pelakon Norman Hakim, Marissa Dania Hakim Mohamad Nurhakim menjadi salah seorang antara graduan yang berjaya menamatkan hafalan Qasidah Burdah Al Busiri yang terkandung 160 bait.
Menerusi Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As Sofa ke-6 pagi tadi, Marissa merupakan pelajar pertama di sekolahnya, Maahad Tahfiz As Sofa yang berjaya menghabiskan keseluruhan matan burdah tersebut di hadapan gurunya.

Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018 . . Goodluck cenonet cayang @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ .We r here for u.Papa yang nerves nih?BISMILLAH

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Selain itu, Marissa juga telah berjaya menghafal 6 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun di Maahad tersebut.
Majlis konvokesyen itu berlangsung di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Marissa ditemani Norman dan bapa tirinya, Muhammad Faizal Zakaria.
Berkongsi pengalaman menerima anugerah itu, Marissa akui ia merupakan pengalaman yang tidak ternilai.
"The best things in life are actually really expensive," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Marissa, 13, turut berkongsi momen-momen menarik sepanjang majlis konvokesyen itu.

much love ?❤️

A post shared by Backup Acc (@marissadaniaaaaa_) on

Sebelum ini, Marissa tular di media sosial apabila kecantikannya menjadi dambaan ramai.
Marissa merupakan anak kedua hasil perkahwinan Norman dan Abby Abadi.
Selain Marissa, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, Mohamed Danish Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 10.
Bersama Memey Suhaiza, Norman dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 5, Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim yang kini berusia empat bulan.
#Anak #Norman Hakim #Marissa Dania
;