Hiburan
Tahniah! Azman Nastia Selamat Bergelar Suami Fatin Inani
Vokalis kumpulan Nastia, Nur Azman Azahari atau lebih dikenali Azman telah selamat menjadi suami kepada wanita pilihannya, Fatin Inani pada pagi Rabu.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Azman telah berkongsi beberapa foto pernikahannya yang diadakan di Pulau Pinang.
Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan mereka agar kekal selamanya.
Kumpulan Nastia juga turut memuat naik sebuah video ketika akad nikah berlangsung beserta ucapan untuk kedua mempelai tersebut.
"Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Selamat bersatu @leoazman & isteri.
"Semoga kekal hingga ke Jannah. Kami doakan yang baik baik untuk kalian.
"InshaAllah. Nastia kini complete berkeluarga semuanya. Tahniah Sekali lagi," tulisnya.
Vokalis kumpulan yang terkenal dengan lagu Rapuh itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang telah memberi ucapan tahniah kepadanya.