gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Tolong Jangan Asyik Tambah Anak" - Datuk Bandar Tegur Golongan Miskin
BERITA
Afdlin Balas Rafizi: 'Saya Pelawak, Tapi Dipilih Akar Umbi'
BERITA
Nahas FRU: Lori Pasir Alami Kegagalan Fungsi Stereng - Polis
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Tahniah! Che Puan Sarimah Ibrahim Bakal Timang Bayi Perempuan

gempak
Kamaruddin Razal
27/05/2019
11:47 MYT
Sponsor Banner
Tahniah! Che Puan Sarimah Ibrahim Bakal Timang Bayi Perempuan
Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan.
Sarimah mendedahkan berita gembira itu di majlis pelancaran produk 'Thrill by Sarimah Ibrahim Eksklusif di Shopee' serta pengumuman jantina anak sulungnya di Glam Hall, Damansara Perdana sebentar tadi.
"Alhamdulillah, saya dan suami sangt bersyukur kerana bakal menerima kehadiran puteri dalam hidup kami.
"Sejujurnya, saya rasa sangat teruja untuk mendedahkan jantina anak kerana ramai sahabat dan rakan media ingin tahu.
"Kandungan saya pun sudah mencecah usia lapan bulan. Jadi, majlis pelancaran produk saya di Shopee ini digunakan sebagai kesempatan yang baik untuk mendedahkan berita gembira yang dinanti-nantikan," kata Sarimah.
Tambah wanita jelita ini, dia terkejut apabila dapat mengetahui dirinya bakal melahirkan anak perempuan.
"Saya merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Adik saya semuanya lelaki. Jadi, saya dah terbiasa dengan lelaki.
"Saya tak sangka pula saya sedang hamil anak perempuan. Saya rasa sangat teruja dengan berita gembira ini," katanya lagi.
Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.
Topic Berkaitan
#Hamil
#Hamil
#Che Puan Sarimah Ibrahim
Must-Watch Video