Hiburan

Tahniah! Selepas Setahun Bercerai Deja Moss Akhirnya Kahwin Baru

Hanafis Haris
20/03/2020
08:24 MYT
Sponsor Banner
Tahniah! Selepas Setahun Bercerai Deja Moss Akhirnya Kahwin Baru
Penyanyi Deja Moss mengumumkan dia kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya iaitu Maher Khani.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.
Menerusi posting tersebut, Deja turut memuat naik beberapa gambar dia bersama suaminya.
"Alhamdulilah hari ini saya ingin berkongsi berita gembira buat sahabat, rakan serta peminat2 saya.
"Saya telah selamat bergelar isteri tahun lepas dengan lelaki pilihan hati saya Maher Khani terima kasih atas ucapan tahniah dan doa dari anda semua," katanya sebagai kapsyen.
Tambahnya, butiran pernikahan mereka berdua juga tidak perlu didedahkan.
"Cukuplah saya maklumkan saya sudah selamat menjadi isteri. Doakan pernikahan kami berkekalan hingga ke jannah, terima kasih semua," katanya.
Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas pengumuman berkenaan.
Tidak kurang juga yang tidak menyangka Deja kini sudah bergelar isteri.
Terdahulu Deja pernah berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Deja kemudian bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Hulu Klang, pada Oktober 2018.
Apapun tahniah diucapkan kepada Deja!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar