Laman Utama
“Tahu Tak Apa Awak Patut Cuba? Nasi Kangkang” - Cef Wan Buat Uncle Roger Terkesima! Haiyaaa!
Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mencuri tumpuan ramai apabila tampil dalam video terbaru YouTuber terkenal, Uncle Roger.
Menerusi video berkenaan, Cef Wan membawa Uncle Roger untuk menikmati juadah di restorannya De.Wan 1958.
Namun, apa yang paling menarik adalah gelagat Cef Wan yang secara tiba-tiba meminta Uncle Roger mencuba nasi kangkang atau nasi tangas.
“Tahu tak apa yang awak patut cuba, nasi kangkang.
“Apa itu nasi kangkang? Nasi kangkang ni diberi kepada suami oleh isteri untuk ikat suami daripada menjadi nakal.
“Nasi akan masak panas-panas, lalu isteri akan kangkang sehingga peluh mengalir terus ke nasi,” katanya berseloroh.
Penjelaskan tersebut sekali gus membuatkan Uncle Roger kelihatan terpinga-pinga.
Anda boleh lihat video penuh berkenaan di bawah.
Sehingga kini video berkenaan sudah menerima sebanyak 2.1 juta tontonan selepas seminggu dimuat naik.
Sekadar info, Uncle Roger mula mencuri tumpuan apabila video reaksinya terhadap video memasak nasi goreng telur oleh hos BBC, Hersha Patel tular di media sosial.
Uncle Roger cukup dikenali dengan videonya mengkritik cara masakan cef terkenal Jamie Oliver.