Hiburan

Tahu Tak Tulis Bahasa 'Coding'?

Zulaikha Yusof
18/09/2020
09:56 MYT
Sponsor Banner
Tahu Tak Tulis Bahasa 'Coding'?
Korang pernah terfikir tak permainan video, aplikasi dan software dibuat daripada kod. Tetapi apa itu kod?
Menulis kod adalah cara berkomunikasi dengan komputer. Ini juga dikenali sebagai coding. Coding dalam bahasa Melayu dipanggil bahasa pengaturcaraan.
Tetapi anda tahu tak bagaimana cara menulis bahasa coding? Kalau berjaya, boleh buka syarikat sendiri nanti macam Samaira Mehta.
Wafiy yang memegang watak utama suara akan berkongsi fakta menarik sepanjang tiga minit.
STEMsasi merupakan siri pertama di Malaysia yang bertujuan untuk mengajar dan meningkatkan kesedaran tentang STEM serta trivia yang tidak termasuk dalam silibus akademik.
Episod dalam siri ini mempunyai pengetahuan praktikal untuk membantu meningkatkan kehidupan harian melalui Sains dan Teknologi di samping mempelajari kemahiran baru yang menyeronokkan seperti animasi!
Mulai 16 September ini, STEMsasi akan disiarkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat di Astro Ceria saluran 611 HD dan 631 SD serta Astro GO.
BACA: WiFi Bukan Sekadar Untuk Sambungkan Internet
BACA: Betul Ke VR Untuk 'Gamer' Sahaja?
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar