Berita
Tahukah Anda Vitagen Boleh Mempengaruhi Emosi?
Bagi yang tidak tahu, minuman berkultur Vitagen sebenarnya mampu mempengaruhi emosi dan mood seseorang.
Menurut kajian, peranan sistem penghadaman tidak terhad kepada memproses makanan sahaja tetapi memainkan peranan dalam kesihatan fizikal dan emosi.
Ini fakta yang anda perlu tahu:
1) Sistem penghadaman manusia menghasilkan bahan kimia yang diperlukan badan untuk mengawal emosi.
2) 95 peratus bahan kimia yang mencetuskan perasaan gembira iaitu serotonin dihasilkan oleh sistem penghadaman.
3) Bahan kimia ini akan memberikan isyarat kepada sistem saraf pusat menerusi probiotik dan jika sistem penghadaman kita kurang bakteria baik, ia akan memberikan kesan kepada emosi.
Justeru, Vitagen Malaysia mengambil inisiatif mengadakan siri jelajah (roadshow) di seluruh negara sempena ulangtahun ke-40.
"Roadshow seluruh negara ini bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan sistem penghadaman yang sihat dan peranannya dalam mengukuhkan sistem imun, kesihatan mental dan juga emosi," kata Pengurus Besar Vitagen, Poh Eng Lip.
Roadshow ini akan bermula di IOI City Mall, LG Centre Court, Putrajaya dari 23 Ogos hingga 27 Ogos 2017, disusuli dengan dua lokasi seterusnya di Queensbay Mall, Pulau Pinang dan AEON Tebrau City, Johor.
Teks oleh: Amri Hassan
Must-Watch Video