Laman Utama
Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Seorang wanita yang pernah menjadi topik pemberitaan kerana ‘ketertarikan mengarut’nya, Erika LeBrie kembali menjadi perhatian.
LeBrie, 50, yang sebelum ini mengaku berkahwin dengan Menara Eiffel di Paris pada tahun 2007 kini mengatakan hatinya telah jatuh cinta kepada pagar kayu!
Menurut laporan TimesNownews.com, Erika yang baru baru ini viral di akaun Tiktok mengaku jatuh cinta dengan pagar kayu kerana bentuknya yang menarik.
“Saya tak pernah terfikir akan tertarik dan jatuh cinta dengan pagar seperti ini. ‘Dia’ kelihatan sempurna. Saya menyukai bentuknya,” akui Erika di Tiktok @mistaiah.
LeBrie dilihat memanjat dan duduk di atas pagar kayu berwarna merah hati tersebut.
Dalam video sama, wanita itu mengatakan pagar sebagai objek yang berbahaya, namun dia tidak dapat menahan diri untuk menyukai benda mati tersebut kerana geometri yang sempurna.
Dia juga mengatakan ini mengenali pagar itu dengan lebih dalam.
Pengakuan tersebut dibuat dalam salah satu dokumentari TLC yang membahaskan tentang sikap peliknya yang tertarik dengan ‘benda mati’.
Dia mengatakan dirinya sebagai seorang yang tertarik dengan sesuatu objek kerana mendefinisikan ‘mereka’ mempunyai sisi romantis dan tarikan seksual tersendiri.