Hiburan

“Tahun Baharu Saya Nak Kurangkan Kontroversi, Tak Mahu Nama Busuk Lagi” - Siti Hariesa

Ernalisa
14/12/2024
22:00 MYT
Sponsor Banner
“Tahun Baharu Saya Nak Kurangkan Kontroversi, Tak Mahu Nama Busuk Lagi” - Siti Hariesa
Pelakon Siti Hariesa tidak kisah jika dia diminta membawakan watak wanita penyondol dalam mana-mana naskhah lakonannya.

BERITA BERKAITAN: Konsert Tradisional Terbesar & Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall 2.0 Dalam Perancangan - “Bermula Tarikh Itu Adalah Masa Yang Baik Untuk…”

BERITA BERKAITAN: Betul Ke Alvin Chong Simpan Rahsia Besar Siti Khadijah? | Singgah Set

Katanya walaupun watak itu akan dibenci penonton, namun watak berkenaan akan membantu dirinya untuk lebih mudah dikenali.
"Secara jujur saya bukan seorang yang terlalu memilih watak. Watak penyondol memang orang akan benci tetapi watak penyondol juga yang orang suka lihat.
"Jadi watak sebegini turut beri kesan bukan pada saya sahaja tetapi mana-mana artis untuk mudah dikenali dan diingati. Cuma setakat ini saya jarang ditawarkan watak penyondol.
"Buat masa ini saya bersyukur kerana banyak tawaran yang diterima memerlukan saya bawa watak-watak penting," katanya ditemui di Pelancaran Koleksi *Eid 2025: Luxury in MAYANG, dekat Shoppes at Four Seasons Place, Ampang petang Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Hariesa kini sibuk dengan pengambaran drama baharu yang dijangka selesai Februari depan.
Mengulas tentang perjalanan kariernya pada tahun 2024, Hariesa akui banyak belajar hal-hal baharu.
“Alhamdulillah.. sepanjang tahun ini sudah tentu ada kisah-kisah duka, tetapi lebih banyak perkara-perkara yang mengembirakan diri saya.

"Tahun ini saya banyak pengalaman baharu apabila pelbagai watak yang berbeza saya lakonkan dan saya juga akan berlakon sebuah filem seram. Semua ini buatkan saya rasa gembira dengan pencapaian saya," katanya.

Bakal menyelak lembaran baharu tahun 2025, Hariesa juga enggan dibayangi kontroversi silamnya.
"Kalau boleh tahun baru saya nak kurangkan kontroversi, saya tak mahu nama saya busuk lagi. Hariesa akan cuba kurangkan.

"Sebab Hariesa tahu diri Hariesa macam mana," ringkasnya.

Mula dikenali sebagai peserta dalam Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL),2009 penampilannya dalam drama 'Perempuan Itu' melonjakkan namanya naik begitu mudah dengan adegan panas yang dilakonkan bersama aktor sensasi Zul Arffin.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live