Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Tahun Berniaga Paling Teruk" - Peniaga Jalan TAR

Gempak 01/04/2024 | 01:32 MYT
"Saya sudah berniaga 10 tahun di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Tahun ini adalah paling teruk, pernah sekali dalam Ramadan kali ini hanya ada seorang pelanggan masuk," kata peniaga baju Melayu, Rashid Dollah, 57.
Beliau berkata, satu daripada sebabnya ekonomi negara kurang memberangsangkan dengan harga barang keperluan semakin meningkat.
Rashid juga berpandangan, selain itu faktor kedua adalah penggal persekolahan baru dibuka jadi ibu bapa sudah banyak berbelanja untuk kelengkapan sekolah anak-anak.
"Mungkin ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah baru sahaja dapat menghela nafas panjang lega menyelesaikan tanggungjawab persekolahan anak mereka.
"Jadi mahu tidak mahu terpaksa sangat bersederhana untuk sambutan musim perayaan Aidilfitri kelak. Saya juga berpandangan cuaca panas pada masa ini menyebabkan lebih ramai mungkin memilih pasar raya yang sejuk dengan penyaman udara, berbanding membeli-belah di kawasan penjaja jalanan.
"Tahun lalu ok sikit berniaga, tahun ini memang betul-betul 'down' (menurun). Ketika pandemik COVID-19 memang tak dapat diambil kiralah memang teruk, tetapi selepas pandemik berakhir, masih tidak mencapai tahap prestasi perniagaan sebelum pandemik," katanya.

BERITA TRENDING: Jual 34 Perisa Air Balang, Peniaga Bazar Ramadan Kaut Untung RM10,000 Sehari!

Pandangannya itu turut dipersetujui peniaga pakaian raya wanita dan kanak-kanak, Alyaa Mazlan, 33, yang berasakan perniagaan untuk jualan persiapan Aidilfitri di Jalan TAR agak sendu.
"Tahun ini meniaga tak berapa memberangsangkan. Ramai orang beli TikTok agaknya untuk berbelanja di dalam talian sebab cuaca panas masa ini.
"Kena pula masa anak-anak baru masuk penggal persekolahan baharu perlu beli peralatan, buku dan baju seragam baharu.
"Dulu sehari sehingga 80 pelanggan, kini sehari purata 35 orang pelanggan. Jauh bezanya, sebab itu bagi saya nak memastikan terjual, kita bukan sahaja jual di Jalan TAR, malah live di TikTok dan sambutannya ok lah juga," katanya.

BERITA TRENDING: Shuib Imbau Kenangan Ke Bazar Ramadan Kegemaran Arwah Siti Sarah - "Sempat Juga Bercerita Kepada Watie Mengenai..."

Shukri Abd Rahman, 71, pula berkata jika sebelum ini hendak duduk berehat pun tak sempat kerana ramai berkunjung ke tapak jualan pakaiannya, namun sekarang dia lebih banyak duduk mengharapkan pelanggan masuk.
Namun, katanya, dia masih boleh bertahan berniaga kecil-kecilan dengan modal sederhana berbanding pihak peniaga yang mengharapkan pulangan tinggi kerana sudah mengeluarkan modal besar.

PILIHAN PEMBACA: "Jual Telur Mata Harga RM4.50?" - Netizen Terkejut Harga Makanan Peniaga Bazar Ramadan!

Sumber: Berita Harian
Foto: Malaysia Gazette
#Viral #Raya #Aidilfitri #Jalan TAR #Peniaga #Harga #Ekonomi #Jualan #Merosot
;