Berita
"Tahun Ni Terasa Sangat Berpuasa Tanpa Arwah..." - Hidayah Throwback Kenangan Pergi Bazar Ramadan Dengan Arwah Abam
Balu arwah pelawak Abam Bochey, Nor Hidayah Mohd. Ali mengakui terasa satu kehilangan yang cukup besar apabila terpaksa menyambut Ramadan buat pertama kali tanpa suami tercinta pada tahun ini.
Perkara itu diluahkan Hidayah menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Tahun lepas puasa balik Sabak Bernam, mesti pergi bazar Ramadan beli juadah berbuka bersama arwah abang. Beli murtabak, ayam panggang, ayam golek dan macam-macam lagi.'
"Adik-beradik pun semua balik berkumpul berbuka sama-sama. Ramadan tahun ni terasa sangat berpuasa tanpa arwah abang di sisi sayang. Semoga abang tenang di sana," luahnya.
Dalam posting tersebut, Hidayah berkongsi sebuah video kenangan yang memaparkan arwah Abam dan ahli keluarga yang lain pulang daripada bazar membeli juadah.
"Kenangan kekal abadi hingga ke syurga. Al-Fatihah untuk Allahyarham suamiku sayang. Syed Umar Mokhtar," coretnya.
Perkongsian Hidayah itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
"Tak apa Hidayah, arwah tetap ada dihati.
"Sabar dan kuatkan semangat. Semoga Hidayah dan Hamzah sentiasa diberikan kekuaran dan dilindungi-Nya," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Video yang memaparkan kenangannya bersama arwah Abam di bulan Ramadan itu mencatatkan lebih 145,000 tontonan di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!