Hiburan

"Tak Ada Isu Caras-Mencaras Sesiapa" - Ifa Raziah

Amri Hassan
15/04/2019
09:58 MYT
Sponsor Banner
"Tak Ada Isu Caras-Mencaras Sesiapa" - Ifa Raziah
Selebriti popular Ifa Raziah menegaskan tiada sebarang isu potong rezeki sesiapa untuk penganjuran festival beli-belah, Star Vendor Festival yang bakal berlangsung pada akhir Mei depan.
Jelas Ifa selaku Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendor Festival, proses mendapatkan ruang acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) melalui prosedur yang telus dan betul.
"Pada mulanya saya datang PWTC untuk berbincang mengenai projek lain yang memerlukan saya sebagai pengacara.
"Tetapi, nak dijadikan cerita pihak pengurusan PWTC menawarkan saya untuk menganjurkan acara sendiri. Melalui prosedur tertentu, akhirnya saya membayar sejumlah wang menggunakan duit saya sendiri untuk tempahan lokasi dan tarikh.
"Jadi, tak ada isu caras-mencaras sesiapa pun.
"Sehingga kini sudah 60 peratus vendor mengesahkan pembabitan dan tinggal lagi beberapa slot yang masih terbuka untuk vendor lain," katanya kepada Gempak.
Malah kata Ifa, dia punyai cara tersendiri untuk menjayakan gimik demi menarik pengunjung ke acaranya nanti.
"Saya punya gimik tak sama seperti festival beli-belah lain.
"Cara saya, kita kira duit, masuk angpau dan bagi kepada pengunjung bertuah. Orang akan lagi suka...
"Untuk memenanginya perlulah memberikan maklumat kepada kami," tambahnya.
PWTC menjadi lokasi tumpuan setiap kali tibanya musim perayaan memandangkan sering dianjurkan festival beli-belah saban tahun.
Manakala, pada tahun ini Star Vendor Festival mengambil alih dan akan diadakan selama 72 jam bermula 24 hingga 26 Mei 2019.
Sebanyak 453 buah booth dibuka termasuk 36 produk selebriti seperti Anuar Zain, Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Fizz Fairuz, Erra Fazira, Tya Ariffin dan ramai lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar