,
Laman Utama

Tak Ada Job, Aktres Hong Kong, Kate Yeung Jadi Security Guard

Maliah Surip
22/06/2021
03:20 MYT
Aktres Hong Kong, Kate Yeung menjadi perbualan selepas mengaku kepada media tempatan, Apple Daily dirinya kini bekerja sebagai seorang security guard.
Kate yang juga pernah dinominasikan sebagai Aktres Pembantu Terbaik dalam Golden Horse Awards dan Hongkong Film Awards menerusi lakonannya dalam filem 20 30 40 kini menjadi security guard di sebuah universiti.
Dia mengaku sudah lebih setahun bekerja di universiti tersebut, walau namanya pernah mekar dalam dunia hiburan selepas pertama kali masuk ke industri hiburan pada tahun 2002.
Menurut Kate, dia mula bekerja sebagai security guard apabila pandemik COVID 19 menjadi buruk, dan kini terus melakukan pekerjaan yang sama demi kelangsungan hidup selepas tidak menerima tawaran berlakon.
Malah, sebelum menjadi security guard, wanita berusia 36 tahun ini pernah bekerja di kedai bunga, membuat lilin dan terakhir sekali menjadi pelayan restoran.
"Apabila pandemik COVID 19 menjadi semakin buruk, banyak restoran ditutup. Jadi saya rasa memerlukan pekerjaan yang menjamin.
"Saya menjadi takut dan gelisah apabila membaca berita mengenai pandemik. Masa depan seperti kelam. Pandemik ini telah membuatkan banyak pekerjaan saya dibatalkan.
"Jadi daripada hanya duduk di rumah dan fikiran menjadi semakin teruk, lebih baik saya keluar mencari kerja.
"Dan oleh kerana pandemik sangat buruk pada waktu itu (setahun lalu) saya mencuba pekerjaan sebagai security guard di sebuah universiti. Saya bekerja di sana sehingga kini," akuinya seperti dilaporkan media tersebut.
Kate kemudian menjelaskan, sebagai seorang anak seni yang berkecimpung dengan dunia hiburan seawal usia 16 tahun dia sebenarnya tidak tahu banyak mengenai industri pekerjaan luar.
Jadi katanya, dia tak malu untuk menjadi security guard kerana pekerjaan tersebut dilihat memberi pengalaman baharu dan mampu membantu menaikkan skil lakonannya.
"Bekerja sebagai security guard, saya akan bangun seawal pukul 5 pagi setiap hari. Jadual kerjanya sangat berbeza saat menjadi pelakon yang mempunyai waktu pekerjaan tidak menentu masa.
"Namun saya berjaya mengharunginya. Saya bekerja keras dan menjaga diri. Pada waktu lapang, saya akan mengemas kini YouTube saya. Ini adalah sebuah pengalaman yang sangat mahal," katanya lagi.
Meski demikian, Kate mengaku dia akan berhenti menjadi security guard dalam masa terdekat kerana mahu membuat persediaan selepas dilamar untuk terbabit dalam sebuah produksi.
"Saya akan memulakan penggambaran pada Julai depan dan sedang berfikir untuk berhenti kerja," akuinya.
Sehingga beberapa jam lepas, Hong Kong mencatatkan sebanyak 11, 886 kes positif Covid 19 dengan 11, 614 pulih dan hanya 210 kematian dilaporkan sejak pandemik melanda dunia.
Instagram: @sheepskin_kateyeung
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.
Viral

Remaja Hong Kong Disaran Main Badminton Jika Terangsang Lakukan S*ks Sebelum Kahwin

gempak
29/08/2024
20:20 MYT
Pihak berkuasa Hong Kong dilaporkan meminta remaja lelaki dan perempuan bermain badminton sebagai langkah mengelakkan mereka melakukan hubungan seks sebelum sah berkahwin.
Berita

Rakyat Malaysia Cedera Terkena Kepingan Konkrit Jatuh Di Hong Kong

gempak
09/07/2024
07:30 MYT
Lawatan kerja bertukar menjadi detik cemas bagi seorang lelaki Malaysia pada hari pertamanya di Tsim Sha Tsui, Hong Kong yang terkenal dengan kesibukan kota.
BorakSeeni