Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tak Ambil Gula, Elakkan Nasi Dan Mee” – Jaga Makan, Ramai Minta Datuk Fazley Kerap Kongsi Menu Dan Rutin Senaman Untuk Inspirasi

Mya Amri 09/06/2021 | 09:45 MYT
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak mengamalkan minuman manis dan menjaga makan untuk kekal sihat.
Menerusi hantaran terbaharu diakaun Instagramnya, Fazley berkongsi amalan pemakanan yang diamalkan.
Menurut Fazely, selain menjada pemakanan dia juga mengambil inisiatif untuk bersenam.
“My routine? Daily 1 hour of weight training, lepas tu 10km walk/jog. Makan dua kali sehari, I dont take sugar and I avoid heavy carbs seperti nasi and noodle.
“Memang bunyi susah dan seksa, tapi lagi seksa kalau sakit sebab tak jaga badan dan jaga makan. Setuju?” kongsinya.

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya meminta Fazley berkongsi menu pemakanan dan juga rutin harian dengan lebih kerap kerana mahu dijadikan sebagai inspirasi untuk menurunkan berat badan.
Sebelum ini, Fazley berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5 kilogram selepas dua minggu menjalankan diet keto.
#Diet #Datuk Fazley #Datuk Fazley Yaakob #Senaman #Jaga Badan #Jaga Makan #Jaga Pemakanan
;