Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

Asyikin Mayudin
16/04/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha
Syukur sudah bebas daripada virus Covid-19, pelakon Fasha Sandha berterima kasih kepada orang yang mengambil berat tentang dirinya yang diuji pada Hari Raya Aidilfitri.

Terkilan Ada Yang Tak Tanya Khabar

Menerusi perkongsian Fasha di Instagram, bukan barang atau kebendaan yang dimahukan sebaliknya hanya pertanyaan khabar ketika dirinya dalam kesusahan sudah memandai.
“Sejujurnya, untuk menunjukkan sayang dan ambil berat ini tidak semestinya kena bagi barang atau kebendaan pun, cukuplah sekadar call, text untuk bertanya khabar dan ambil tahu masa perkara tu baru-beru terjadi.
“Bukanlah lepas beberapa hari baru nak text tanya khabar. Dalam masa 24 jam tu dah kena cari. Dah kena ambil tahu… jangan la bagi alasan takut menganggu, itu tak masuk dek akal, banyak cara nak berhubung pun.
“Tak berhubung saya, boleh saja berhubung orang sekeliling saya. Masa tu sangat perlukan moral support, terutama masa betul-betul down dan emosi masa Khamis lalu,” kata Fasha.

Menyedari Siapa Yang Ada Disampingnya

Pada perkongsian yang sama, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini bagaimanapun menyedari siapa yang berada disampingnya disaat dirinya ditimpa masalah.
“Satu panggilan, satu minit tidak akan membuat apa-apa perbezaan pun. Tiada alasan, kita paham… tengah syok beraya sampai terlupa nak ambil tahu dan buat apa yang you patut buat.
“Tak apa disini kita belajar, siapa ada siapa tiada, siapa lambat, masa kita ditimpa masalah. Ini hikmah Allah tunjuk jelas. Bagi saya, kasih sayang ini kena tunjuk masa orang itu masih hidup.
“Kalau tak ada, tiada gunanya… setuju?” ujarnya lagi.
Terdahulu, Fasha memaklumkan dia dijangkiti virus Covid-19 ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.
Fasha menerusi Instagram pada Jumaat berkata dia mula melakukan pemeriksaan covid selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak raya pertama.
Pada perkongsian yang sama, Fasha mengakui dia berasa amat sedih apabila rancangannya untuk beraya bersama keluarga di kampungnya di Perlis hancur disebabkan sikap orang lain yang pentingkan diri sendiri.

BERITA TRENDING: Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

BERITA TRENDING: Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar