Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Tak Bagi Shooting Ko Amuk, Bising... And Now?" - Fizz Fairuz Bengang Produksi Positif COVID-19 Buat-Buat Diam

Amri Hassan 10/10/2021 | 07:25 MYT
Pelakon Datuk Fizz Fairuz bengang apabila ada produksi yang sengaja mendiamkan kes positif membabitkan kru sendiri seperti yang tular sejak semalam.
Kata Fizz, kelonggaran yang diberikan itu telah disalahguna dengan cara tidak betul hingga boleh merisikokan keseluruhan industri seni.
"Production house mana buat hal? Team positif lari balik KL? Kan aku dah cakap, mesti ada yang tidak jujur, ada yang pentingkan diri sendiri.
"Tak bagi shooting kau mengamuk, bising, tidak boleh cari makan. Dan sekarang team shooting kantoi lari dari set, sebab positif balik KL," luahnya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Fizz turut mempersoalkan tindakan pihak Finas berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Sepatutnya, pihak berkenaan perlu memeriksa Sijil Perakuan Pengambaran (SPP) dan kelengkapan 2 dos vaksin adalah wajib sebelum memulakan pengambaran.
Mulai 9 September 2021, semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali melakukan shooting bagi negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kebenaran itu membabitkan beberapa aktiviti termasuk pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Viral #Fizz Fairuz #Perak #FINAS #Produksi #Positif #COVID-19
;