Hiburan

"Tak Baik Main 'Mak Esah', Maafkan Saya DS Siti Nurhaliza" - Zizan Razak Dah Kenapa Tu?

Asraf Aided
14/11/2018
07:55 MYT
Sponsor Banner
"Tak Baik Main 'Mak Esah', Maafkan Saya DS Siti Nurhaliza" - Zizan Razak Dah Kenapa Tu?
Selebriti popular, Zizan Razak berkongsi beberapa foto paparan skrin perbualannya bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di ruangan Direct Message (DM) di Instagram.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di laman Twitter milik Zizan.
Pada mulanya, di ruangan Instagram Stories, Zizan mengatakan dia mengalami sakit perut pada pagi semalam, namun perkara itu menarik perhatian penyanyi nombor satu negara itu.
"Morning dan sakit perut," tulis Zizan.
"Itulah, kacau lagi saya kat workshop, rasakan penangan," balas Siti.
Tidak terhenti di situ, Zizan meneruskan perbualan tersebut.
"Tak baik main Mak Esah (bomoh) Datuk Seri.
"Minta maaf ya," balasnya berseloroh.
Perkara itu mencuit hati rata-rata pengikut Zizan di Twitter, ada juga yang mengusik menyarankan Zizan untuk hanya bergurau senda bersama rakan artis, Mira Filzah sahaja.
Sebelum ini, Zizan telah berkongsi video di sebuah 'workshop' dan ternampak poster Siti lalu bergurau menanyakan apa yang dia lakukan di situ.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar