Laman Utama
Tak Berkumur & Basuh Telinga Tak Sah Wuduk? Ustaz Don Ada Jawapan Dalam Back To Basics Solat!
Ramai yang keliru, wuduk seseorang tidak sah sekiranya tidak berkumur dan tidak membasuh telinga?
Hal yang sama terjadi dalam satu babak dalam rancangan terbaharu Back to Basics Solat.
Dalam adegan tersebut, Nik Adam dan Fikry Kiki melihat Akhmal Nazri yang sedang tergopoh-gapah mengambil wuduk tanpa sempat berkumur dan membasuh telinga.
Lantas, kata mereka wuduk Akhmal Nazri ketika itu salah!
Segera mendapatkan jawapan daripada Ustaz Don Daniyal, mereka mendapat solusi mengenai rukun wuduk dan sunat wuduk.
Ustaz Don Daniyal menerangkan semula enam rukun wuduk kepada mereka iaitu niat, basuh muka, basuh tangan sampai ke siku, basuh sebahagian daripada kepala, basuh kaki hingga buku lali dan tertib.
Dalam episod pertama Back To Basics Solat, Ustaz Don Daniyal turut menunjukkan demonstrasi mengambil wuduk dan menerangkan perkara sunat ketika berwuduk agar lebih sempurna.
Antara topik yang akan dibincangkan dalam Back To Basics Solat ialah Wuduk, Rukun Solat, Perkara Yang Membatalkan Solat, Niat, Waktu Solat, Rakaat, Azan & Iqamat, Syarat Sah Solat, Aurat, Perkara Sunat Dalam Solat, Solat Solat Sunat, Bacaan Dalam Solat, Zikir & Doa Pilihan.
Back To Basics Solat akan mula ditayangkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat bermula 15 dan 16 April 2021 pukul 3 petang di saluran Astro Ceria dan Astro GO.
Siaran ulangan Back To Basics Solat akan ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad pada jam 4 petang di Astro Oasis dan Astro GO.