“Tak Best La Tarik Muka Sebab Lelaki” - Gaduh Berebut Pakwe, Ramai Throwback Zaman Cinta Sekolah!
Episod empat Projek: Anchor SPM yang ditayangkan Isnin lalu pastinya meninggalkan 1001 drama dalam kalangan pelajar sekolah.
Antara yang menjadi perhatian adalah pergaduhan antara Aaidaa dan adik tirinya Jaja, lakonan hebat Daiyan Trisha dan Shasha Abedul.
Menerusi episod berkenaan, Jaja dilihat tidak berpuas hati apabila melihat hubungan Aaidaa bersama Aziat (Aedy Asyraf) semakin rapat.
Rata-rata netizen memberi reaksi yang cukup menarik apabila kebanyakan mereka menganggap pergaduhan seperti ini agak normal, malah mengimbau kenangan cinta monyet.
“Janganlah gaduh sebab lelaki, tak best lah macam ni Jaja”“Weh cinta zaman sekolah sangat gaduh sebab pakwe”
“Throwback habis ni, zaman sekolah dulu pun aku bergaduh dengan bff sebab pakwe hensem,” tulis beberapa netizen.
Apapun sama-sama kita saksikan kesudahan hubungan Aaidaa dengan Jaja.
“Kau orang paling penting dalam hidup aku” - Aaidaa.Jom layan #ProjekAnchorSPM, setiap Isnin, 9 malam eksklusif di Astro Citra, Saluran 108.*#ProjekAnchorSPM#AstroCitra#AstroOriginals pic.twitter.com/Jfvvd9ZhXM— Astro Shaw (@AstroShaw) April 7, 2021
Pada yang terlepas, boleh tonton Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.